Feel Free to Click!

Thursday, October 20, 2011

Apa pandangan anda?


Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama rasanya tak sok sek sok sek dekat sini yer...
Isu ni dah lama sebenarnya dalam FB ramai dah yang share, tapi saya just nak share my opinion.
Kamu semua tahu siapa yang pakai tudung tu? Nampak sama dengan biarawati dekat sebelah gambar tu kan?

Herrm saya rasa ramai yang kenal walaupun matanya di tutup, nak buat macam mana public figure ni senang nak kenal, ok saya rasa semua tahu yang itu YUNA kan!

Saya pasti dia pun tak berniat nak berpakaian macam gitu, biasalah dunia makin moden pakaian muslimah pun bertambah modenkan, ada macam2x cara orang berpakaian ni, yang saya pasti islam itu mudah tak perlu kita nak rumitkan keadaan .....betul tak!

Saya rasa cara pemakaian Yuna memang menutup aurat cuma ia menampakkan bentuk wajah di leher dan di badannya saja, memang tindakan berfesyen seperti ini tidak wajar untuk kita contohi, namun ada ketika kita lalai untuk melihat itu semua kerana terlalu taksub mengejar FASHION yang kononnya"WALAUPUN BERTUDUNG KITA PUN BOLEH BERFESYEN".

Ya, disini saya tak perlu menafikannya, tapi kalau nak berfesyen pun berpada-pada dan kena pada tempatnya dan memenuhi batas2x syariat yang di sediakan!

Saya pun tidak lah mahu panjang berjela, hanya sekadar memberi pandangan saja! hehe
Ok, la sampai disini saja!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...