Feel Free to Click!

Tuesday, August 3, 2010

Panas



Salam,

Panasnya hari ini, nak 'diet' cara Umi Aida makan 2 biji kurma saja pada pagi dan satu gelas air suam. Petua ini, di cadangkan oleh 'che tanjung' supaya aku ikut mana tahu menjadikan.

Jadinya pagi-pagi lagi 'che tanjung' providekan buah kurma, kononnya mahu diet tapi aku ambil 3 biji kurma, memang mengenyangkan. Sebab kurma ini manis dapat bagi aku tenaga. Tapi 'yang' my collegue asyik sebut jer 'bai' engkau nak makan apa tengahari?

Perut memang tak lapaq tapi sebab asyik tanya saja, semua pula masa rehat asyik ajak makan dekat 'Anjung'. Aku apa lagi tak apa lah aku hanya jamah sikit nasi dengan ulam-ulaman.

*** menu: nasi separuh, ayam masak kicap, ulam-ulaman dengan sambal belacan

Benci


Aku benci, menyampah...Ya Allah, Engkau buangkanlah perasaan aku ini, sungguh aku tidak mahu perasaan begini....setiap kali aku ingin mengelak perasaan (benci, menyampah) ini timbul.

Aku tahu ini antara sikap mazmunah aku yang paling dekat dengan aku....kadang-kadang ia terbit dari rasa buruk sangka, dan marah yang meluap-luap. Aku tidak mahu menjadi hati yang keras, kerna ia tidak akan mendapat redha Allah.

Aku perlu elak semua perkara yang membawa keburukan, agar tidak lagi terbersit sikap mazmunah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...