Feel Free to Click!

Wednesday, August 7, 2013

Ohoiii Raya-raya

Selamat menyambut Hari Raya Eidul fitri,

Berakhirnya ramadhan
tapi bukan bererti berakhirnya amalan-amalan sunat
Insyaallah akan berusaha menjadi insan yang lebih baik di mataNya
Amin...

Macam mana persiapan raya?
Persiapan raya tahun ini, serba sederhana? Meriah?
Macam mana pun kita celebrate raya
Juz pastikan kita enjoy, cherish our moment with familieskan
Jika idok bosan la raya nanti



Monday, August 5, 2013

Baju raya saya dah siap \^____^/

cantik tertarik menarik kau memang debom
hah yang itu kriteria baju raya impian
tapi tengok lepas  siap sudah jahit
tidok la secantik yang di bayangkan (T_T)

Mama hantar pi jahit kedai
dah siap cakap dekat Mama
jangan hantar pi kedai mahal itu
buat sakit hati saja, bila hantar pula ke kedai sipolan ni
dengan harapan jahitan yang di hantar itu
sedap di pakai dan murah tapi sebaliknya

but consider ok...ok saja, jangan komplin
kena taja by mama
tapi yang tak best dekat kedai sipolan ni jahit saja RM90 basic baju kurung
tanpa manik atau lace yang sekarang menjadi fesyen kepada ramai perempuan
huhuu eh kau bukan perempuan kah?

dan untuk menampakkan baju gedevas gitu hantar lagi untuk jahit manik dan lace
eh, jadinya kos baju itu sudah mahal,
ini merupakan indikator level bahawasanya tukang jahit area KL & Selangor memang untung besar raya ni.

Nanti saya tayang baju raya yang cuma seketul tu ye.....  \^___^/

Ayam Percik di Serdang (Ayam Percik Hidayah)

Nak cari ayam percik?
Tapi hanya jual pada bulan ramadhan only every Ramadhan ye dear customer.
We have thinking to also open during non ramadhan, but still in process,
doa-doa harap kami dapat penuhi permintaan customer yang mencari even before or after Ramadhan

Insyaallah....
esok adalah hari last meniaga dekat bazar ramadhan seri serdang cari gerai Hidayah Ayam Percik
berhadapan Pasaraya Big dekat tepi jalan besar. Selamat mencari.

Agak-agaknya berapa ramai orang akan sokong jika kami buka restoran ayam percik Hidayah ni??? Sebab order dari customer untuk hari kebiasaan hanya pada permintaan Katering sahaja, boleh lah lawat blog katering ya

Hurmm untuk pengetahuan umum, ayam Percik Hidayah ini tak sama dengan ayam percik Kelantan, owner dia asal dari Utara, Kedah memang rasa dia twist sikit dari yang Kelantan punya ya.

Sunday, August 4, 2013

The best nasi lemak di Bukit Gantang (R&R)

Asslamualaikum w.b.t

Memang setiap kali balik kampung menghala ke utara tanah air atau pun dalam perjalanan pulang ke KL
kami memang akan singgah makan nasi lemak ikan masin dekat R&R ini. Memang the best. U all can try, aroma daun pisang tu yang mengancam sebenarnya.




Sedap hingga menjilat jari tak puas kalau ambil 1 bungkus selalunya minima 2 bungkus, maksima berbungkus2x kekekeke, cuba lah pasti tak menghampakan korang. 
Lagi satu pekena pula teh tarik memang terangkat.

Saya balik ini pun masa bulan puasa tanggal 3hb Ogos, itu pun emergency sebab mak cik saya sebelah ayah meninggal akibat kemalangan jiwa, minta di sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah makcik saya. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Bulan puasa bulan baik macam ini dia di tarik pulang di sampingNya, Allah lebih menyanyanginya.

Wednesday, July 31, 2013

Cara-cara menurunkan berat badan melalui SD2 @ Alpha Lipid SD2








Alpha Lipid™ SDII™ secara semulajadi membantu badan anda dalam proses pembakaran lemak dan bukannya glukosa atau tisu otot. Pembakaran lemak menghasilkan keton dalam badan yang digunakan sebagai tenaga dan boleh diukur (dipanggil ketosis).
Alpha Lipid™ SDII™ menggabungkan minuman suplemen protein yang lazat, dengan pelan pengurusan makanan yang mudah untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat, senaman yang boleh dicapai serta alat-alat berguna dan pendidikan. Suatu pakej yang lengkap!
Tiba masanya untuk melupakan diet lama anda dan menyertai beribu-ribu orang lain yang sedang menikmati penurunan berat badan yang sihat dengan Alpha Lipid™ SDII™.


Pernahkah anda menyoal berulang kali mengapa kita mempunyai 

begitu banyak makanan diet, kita sebenarnya semakin gemuk, bukan kurus?

Ternyata, ia sedikit lebih kepada pengurusan berat badan selain dari mengira kalori.


Makanan yang kita makan mencetuskan pelbagai tindak balas di dalam badan kita. Makanan yang tinggi dalam karbohidrat ditapis atau gulanya dipecahkan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa dan diserap ke dalam darah dengan cepat. Badan bertindak balas kepada peningkatan glukosa darah ini, dengan melepaskan insulin yang cukup untuk mengeluarkan glukosa daripada darah dan memasukkannya ke dalam sel untuk tenaga, atau menyimpan untuk kegunaan kemudian. Cuba teka dalam bentuk apa ianya sering disimpan? Ya betul, lemak!
Untuk membantu dengan matlamat pengurusan berat badan anda, anda perlu belajar jenis makanan yang perlu dibuang dari diet, dan yang mana perlu dimasukkan.
Program Pengurusan Berat Badan Alpha Lipid™ SDII™ tidak mengira kalori, sebaliknya ia akan mengajar anda untuk mengenal pasti dan menyertakan makanan yang berkualiti tinggi dalam kehidupan seharian anda yang akan membentuk asas kesihatan anda yang berterusan serta pengurusan berat badan yang sihat..



Boleh dikatakan nutrien yang paling penting dalam diet kita,

iaitu air membentuk sekurang-kurangnya 60% daripada komposisi badan kita.

Kehilangan hanya 2% daripada air dalam badan boleh 

mengurangkan tumpuan, fokus dan memperlahankan tindak balas.


Perubahan dalam proses metabolik dan pemecahan lemak yang tersimpan semasa Program Pengurusan Berat Slim Diet II meningkatkan keperluan air untuk kita.
Ia adalah penting untuk mengambil sekurang-kurangnya 2.0 liter air setiap hari semasa mengikuti Program Pengurusan Berat SD II, lebih jika anda bersenam atau berada pada cuaca yang panas.
Teh herba tanpa gula termasuk teh hijau boleh dikira sebagai sebahagian daripada jumlah pengambilan air anda.




Senaman adalah bahagian penting mana-mana rejim penurunan

berat badan dan pengurusan berat badan sepanjang hayat. 

Senaman yang kerap juga membantu dengan mengurangkan 

rintangan insulin, mengekalkan paras normal gula dalam darah, 

membina jisim otot, mengekalkan metabolisme anda, 

meningkatkan fungsi jantung, mengurangkan tahap tekanan, 

meningkatkan tenaga dan membuat anda rasa sihat - semua faktor 

yang penting untuk kesihatan yang baik dan umur yang panjang.


  • Manfaat yang paling diperolehi adalah apabila anda menjalankan senaman 5 atau lebih kerap dalam seminggu
  • Matlamat selama 30 minit
  • Mulakan dengan bergerak untuk seberapa lama yang anda boleh
  • Berjalan di tempat yang rata atau berenang, sementara anda maju tambah di beberapa bukit, meningkatkan kadar dan tempoh sehingga anda mencapai 30 minit
Khusus untuk mensasarkan pembakaran lemak, cuba HIIT (High Intensity Interval Latihan). Ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis senaman, seperti berlari, berbasikal, berenang atau mendayung
  • Bersiap sedia
  • Pilih sejenis senaman dan lakukannya secepat mungkin untuk 1 minit (contohnya larian)
  • Kemudian 1 minit pemulihan
  • Ulang untuk selama 10 - 20 minit

ALPHA LIPID SDII MEAL SUPPLEMENT POWDER*

Direka dengan bahan-bahan untuk menyokong keseimbangan gula darah, kekenyangan di antara waktu makan yang tetap dan jisim otot yang sihat, SDII membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat, sebahagian daripada program pengurusan berat badan yang termasuk perubahan diet dan senaman.
Satu campuran berkualiti tinggi yang komprehensif yang terdiri daripada protein soya bukan-GMO (75%), serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral. Suplemen minuman SDII tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa dan membantu untuk memastikan bahawa tubuh anda mempunyai semua nutrien penting termasuk protein supaya lemak dibakar, sementara anda masih dapat mengekalkan jisim otot dan ketegangan. Setiap hidangan menyediakan 10 gram protein yang boleh digunakan untuk keperluan harian anda.
Dos 15 g (2 senduk) 4 kali sehari untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam, dan 'supper'. Campurkan dengan 250ml air - goncang hingga sebati. Serbuk FibreMax boleh dicampur dengan Minuman Slim Diet II.


Untuk tempahan sila SMS @ watsapp: 012-6212011

Tuesday, July 30, 2013

Dear me

I wish u luck
I wish u success
I wish u happiness
I wish u  r bless by Him (The Almighty)



Monday, July 29, 2013

Cara menyelesaikan masalah kelemumur teruk

Assalamualaikum,

Seperti manusia lain saya pun ada kelemumur juga
tapi tahap masalah yang di hadapi setiap orang pasti berbeza2x
tahap kelemumur saya ini di kategorikan kronik kot
sebab dia jadi keruping yang besar di kepala berwarna putih jernih
jika tidak di bersihkan pasti gatal

Kelemumur jenis ini tidak boleh di cuci pakai shampoo biasa
Sebab shampoo biasa ini kebiasaannya tahap asid tinggi
oleh itu, tidak lah bersesuaian dengan kulit kepala yang over sensitip ini

Ok, back to fundamental lah untuk yang kulit sensitif
pakai product yang kurang asid (pssttt shampoo dekat luar semua even yang untuk kelemumur tidak sesuai untuk kulit kepala yang over sensitip keyh)
means use more to alkaline macam shampoo baby itu

Atau pun boleh pakai shampoo yang boleh di beli di farmasi sahaja
But please tidak di jual di kedai biasa
kadang2x kena tulis nama
sebabnya product restricted kot
Cthnya: Pristine, Selsun n etc

Cara pemakaian hanya seminggu 2 kali
Jangan pakai banyak kali
Nanti boleh merosakkan kulit kepala juga
sebab kandungan ramuan ubat itu hanya sesuai di pakai mengikut aturannya
Hari biasa boleh lah pakai shampoo baby


Nanti rambut boleh jadi halus, mulus, wangi macam BABY keh....

Sunday, July 28, 2013

Puasa 21 dah ni...~_~

Alhamdulillah...

Sudah berlalu 21 Ramadhan 1434, semoga puasa kalian di berkati dan penuh barakah
umumnya bulan puasa ini kita mesti penuhkan dengan aktiviti ibadat kan
ramai yang berebut-rebut peluang yang datang setahun sekali
tak ketinggalan saya salah seorang umatnya yang kerdil ini


tambah lagi berkampung di bazar ramadhan
menjual ayam percik Hidayah memang setahun sekali
Rejeki Abah untuk katering sebulan di Surau Putrajaya 
Wpun berkampung di surau
tapi berjemaahnya jauh sekali
barangkali masa tidak mengizinkan
atau sengaja di lewatkan



But sebizi mana pun pasti akan ku cari kesempatan di penghujung 10 akhir ramadhan ini...

Salam barakah yang penuh keberkatan kepada semua...

Tuesday, October 23, 2012

Bakal menempuh hari yang memenatkan....

Salam Uollls...

Tengok tajuk pun dah termengah....minggu ini dan depan memang bakal mengeluarkan semua peluh kejantananku...

Minggu ini ada order 230 biji ketupat palas dan semua order dari officemate dan dibuat oleh Cik Siti tapi konpem tukang balut adalah saya yang tak berapa expert balut dan merangkap expert tukang balut Cik Siti iaitu Si Tongek.

Lepas itu.....mari kita berehat meraikan Hari Raya Korban@___@

Minggu depan pula mari sibukkan diri dengan pelamin,  Yeba......yeba....yeba

Sekian.

Monday, October 22, 2012

Jalan lagi

Salam...

Minggu ni Geng Cik Kiah jalan lagi pergi Jakarta pula 2hari pula tu a very short trip. For anyone yang nak tau our short trip tips tunggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...