Feel Free to Click!

Monday, October 8, 2012

A short trip to Ho Chi Minh City-PART 1

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya tak tertulis apa2x dekat dlm blog, well ada pasang surut jugak mood nak menulis dalam blog ni ye dak!

Ok, kali ni tiket terbang murah Airasia kami kos pulang balik RM165.  Alhamdulliah. Trip kali ini juga merupakan trip kos murah no agency involved only guided through our own kepala sendiri. Hebat tak, apa taknya dah ada experience dari pengalaman terdahulu even though this is our first time ke sini.

Perjalanan dari KL to HCM City takes only 2 hours by flight. Sesampai saja kami di sini kami ambil cab (kos dalam USD10) ke Tan Hai Long Hotel and Spa jangan layan kereta sapu direct terus ke kaunter ya. Dan jangan lupa sediakan alamat hotel sebab kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.

Sampai dekat hotel memang awal sebab jam 9 pagi waktu tempatan (waktu kita jam 10 pagi) jadi tak boleh nak check in sebab orang terdahulu tak check out lagi. Jadi kami berlima pun berjalanlah sekitar Ben Tanh Market yang hanya berdepan dengan hotel penginapan kami.
 
Kopi dia bau harum, tapi minum rasa pahit....yang dalam botol tu arak tapi dalam dia ada binatang eksotik katanya minuman kesihatan (tau tak dalam tu ada kala jengking, ular dll macam mana yg di katakan sihat?)

Dalam Pasar Ben Tanh ini ada macam-macam, ada segala mak nenek pelik tak pelik semua ada kot.

Buah pun ado...

Kain pun ado, ini kedai pertama kami singgah sebab dia pandai cakap melayu..... kain cotton dia jual ada yang USD9,10, dan 11 if dalam DONG200,220 dan 250.

USD1=RM3.07
DONG10=0.156

Yang ini nombor kedai dia...

Hah kau....rata-rata sana pakai motorsikal.....

Jalan pun dah rata dalam Ben Tanh perut pun duduk bunyi jadi rehat sekejap pi melantak kat Kampung Melayu, makanan memang sedap tapi tak se tip top kat Bangkok tapi still marvelous kami order (Tomyum 90Dong), (Set 2 org makan ada la sayur campur, ayam and nasi 2 kos 199Dong), tambah nasi 1, tambah lauk tambahan tofu telur SEDAP GILER, yang lagi 2 org tu diet so kongsi tomyum plus lauk pauk yang dah tersedia. Semuanya kos 650Dong or RM101.40. Mahal makan dekat sini sebab makanan HALAL susah didapati tapi bukan bermakna tak da kedai jual masih ada tapi sebab majoriti kat sini tidak berugama ISLAM hanya segelintir sahaja.

Ok dah selesai shopping, cuci mata dan melantak tapi balik hotel still bilik x do so still have to wait another 1 hours.

This is our room.....well nampak biasa tapi cozy sangat toilet pun besar. Biasalah tu kalau sampai sini jangan terkejut tahu ia seolah-olah Malaysia 20 tahun dulu bezanya eh ada TOYOTA camry la. So tersedar owh dia org masih mengejar pembangunan.

Upin Ipin pun ado...

 Ini lah pintu hadapan Ben Tanh Market....hati-hati lintas jalan, banyak motor bersimpang siur k....

Sambung in PART 2.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...