Ok, sebelah malam aktiviti jalan kaki cari makan, menuju ke Masjid Dong Gu, berdasarkan tips dari orang Malaysia yang kami jumpa pada siang hari suruh kami cari makan dekat D'Nyonya.
So misi di mulakan, sepanjang perjalanan kami memang banyak peniaga di kaki lima dia orang ini memang kuat berniaga sebab rata-rata mereka menjual terutamanya cenderahati sebab HCM City ini memang banyak pelancong.
Yang ini satu-satunya masjid yang ada di HCM City ini...Dong Gu Mosque, dekat sini banyak kedai makan islam tapi mamak.
Keesokannya, kami berkunjung lagi ke Ben Tanh Market, dan pastinya yang di cari kain lagi :D
Kedai ini pun budak dia pandai cakap Melayu, serius dia orang ni ada teknik nak tarik pelanggan dengan pertuturan yang lembut di awalnya "Kakak...Kakak....singgah sini".....tapi jangan terpedaya kami tanya harga dia cakap pilih dulu...jadinya kami pun pilihlah mana yang berkenan di hati tapi bila bayaq dah terperangkap mak aih mahai noh....try kurang pun tak dapat garang pula tu...
Nak di ringkaskan, walaupun ada yang cakap lemah gemalai jangan terpedaya pastikan mereka DEAL harga dahulu k. Tapi kedai budak kat atas ni advisable boleh beli kedai dia no.kedai 526-528, murah jugak dalam RM27 kami bayar untuk cotton berkualiti tinggi kalau dekat Bandung RM35. Kalau kualiti rendah semeter RM5 pun boleh dapatkan. Tapi kat sini kami borong banyak dapat RM27 dari harga asal RM35...
Bunga-bungaan sempat juga menengok banyak nya Orkid ....
Ni lah bendera Vietnam ya!
Nak balik dah ni....
Bangunan Tan Hai Long Hotel and Spa
Ko mampu?
Barang yang di borong..... my sis tak bawa beg nak shopping cukup beg sandang belakang tapi balik dengan gayanya BEG ELLE mahal tu RM4++ tu mahalkan...
My mommy duduk sorang-sorang ja....
Itu saja perjalanan serba singkat kami ke HCM City.
Regards,
SweetDay
No comments:
Post a Comment