Feel Free to Click!

Tuesday, October 23, 2012

Bakal menempuh hari yang memenatkan....

Salam Uollls...

Tengok tajuk pun dah termengah....minggu ini dan depan memang bakal mengeluarkan semua peluh kejantananku...

Minggu ini ada order 230 biji ketupat palas dan semua order dari officemate dan dibuat oleh Cik Siti tapi konpem tukang balut adalah saya yang tak berapa expert balut dan merangkap expert tukang balut Cik Siti iaitu Si Tongek.

Lepas itu.....mari kita berehat meraikan Hari Raya Korban@___@

Minggu depan pula mari sibukkan diri dengan pelamin,  Yeba......yeba....yeba

Sekian.

Monday, October 22, 2012

Jalan lagi

Salam...

Minggu ni Geng Cik Kiah jalan lagi pergi Jakarta pula 2hari pula tu a very short trip. For anyone yang nak tau our short trip tips tunggu...

Bisnes lagi kami@____@

Assalamualaikum w.b.t

Langkah pertama kami nak jadi penjual bunga. Hiiss gedikkkssss tak kami.... Tu pun my sis punya idea sempena majlis konvokesyen UPM ke-36.

Kami jual tepi jalan ja... Memang x keluar modal untuk sewa tapak langs sung. Nak di jadi kan cerita boleh caj murah sikit kan ye dak bunga ni bukan untuk forever kekal juz utk memeriahkan je dak. Herm Jom layan gambar bunga konvokesyen yang kami gubah ni ya!

Tuesday, October 9, 2012

My Big Day

Assalamualaikum w.b.t...

Mesti ramai yang wondering apa dia big day saya....

Of course lah setelah genap 2 tahun yang penuh dugaan dan cabaran sebagai Student of Master in Economy akhirnya saya akan bergraduat di UPM, Serdang.

Layankan lah gambar PRE Konvo ini.....

 Regards,
SweetDay

Trip to HCM City-PART 2

Bersambung dari PART 1

Ok, sebelah malam aktiviti jalan kaki cari makan, menuju ke Masjid Dong Gu, berdasarkan tips dari orang Malaysia yang kami jumpa pada siang hari suruh kami cari makan dekat D'Nyonya.

 So misi di mulakan, sepanjang perjalanan kami memang banyak peniaga di kaki lima dia orang ini memang kuat berniaga sebab rata-rata mereka menjual terutamanya cenderahati sebab HCM City ini memang banyak pelancong.


 Akhirnya, jumpa juga Dong Gu Road, kalau dekat KL ini sini macam Bukit Bintang....



Yang ini satu-satunya masjid yang ada di HCM City ini...Dong Gu Mosque, dekat sini banyak kedai makan islam tapi mamak.

 Keesokannya, kami berkunjung lagi ke Ben Tanh Market, dan pastinya yang di cari kain lagi :D

Kedai ini pun budak dia pandai cakap Melayu, serius dia orang ni ada teknik nak tarik pelanggan dengan pertuturan yang lembut di awalnya "Kakak...Kakak....singgah sini".....tapi jangan terpedaya kami tanya harga dia cakap pilih dulu...jadinya kami pun pilihlah mana yang berkenan di hati tapi bila bayaq dah terperangkap mak aih mahai noh....try kurang pun tak dapat garang pula tu...

Nak di ringkaskan, walaupun ada yang cakap lemah gemalai jangan terpedaya pastikan mereka DEAL harga dahulu k. Tapi kedai budak kat atas ni advisable boleh beli kedai dia  no.kedai 526-528, murah jugak dalam RM27 kami bayar untuk cotton berkualiti tinggi kalau dekat Bandung RM35. Kalau kualiti rendah semeter RM5 pun boleh dapatkan. Tapi kat sini kami borong banyak dapat RM27 dari harga asal RM35...



 Bunga-bungaan sempat juga menengok banyak nya Orkid ....




Ni lah bendera Vietnam ya!

 Nak balik dah ni....


 Bangunan Tan Hai Long Hotel and Spa




 Ko mampu?
 Barang yang di borong..... my sis tak bawa beg nak shopping cukup beg sandang belakang tapi balik dengan gayanya BEG ELLE mahal tu RM4++ tu mahalkan...


My mommy duduk sorang-sorang ja....
Itu saja perjalanan serba singkat kami ke HCM City.

Regards,
SweetDay

Monday, October 8, 2012

A short trip to Ho Chi Minh City-PART 1

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya tak tertulis apa2x dekat dlm blog, well ada pasang surut jugak mood nak menulis dalam blog ni ye dak!

Ok, kali ni tiket terbang murah Airasia kami kos pulang balik RM165.  Alhamdulliah. Trip kali ini juga merupakan trip kos murah no agency involved only guided through our own kepala sendiri. Hebat tak, apa taknya dah ada experience dari pengalaman terdahulu even though this is our first time ke sini.

Perjalanan dari KL to HCM City takes only 2 hours by flight. Sesampai saja kami di sini kami ambil cab (kos dalam USD10) ke Tan Hai Long Hotel and Spa jangan layan kereta sapu direct terus ke kaunter ya. Dan jangan lupa sediakan alamat hotel sebab kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.

Sampai dekat hotel memang awal sebab jam 9 pagi waktu tempatan (waktu kita jam 10 pagi) jadi tak boleh nak check in sebab orang terdahulu tak check out lagi. Jadi kami berlima pun berjalanlah sekitar Ben Tanh Market yang hanya berdepan dengan hotel penginapan kami.
 
Kopi dia bau harum, tapi minum rasa pahit....yang dalam botol tu arak tapi dalam dia ada binatang eksotik katanya minuman kesihatan (tau tak dalam tu ada kala jengking, ular dll macam mana yg di katakan sihat?)

Dalam Pasar Ben Tanh ini ada macam-macam, ada segala mak nenek pelik tak pelik semua ada kot.

Buah pun ado...

Kain pun ado, ini kedai pertama kami singgah sebab dia pandai cakap melayu..... kain cotton dia jual ada yang USD9,10, dan 11 if dalam DONG200,220 dan 250.

USD1=RM3.07
DONG10=0.156

Yang ini nombor kedai dia...

Hah kau....rata-rata sana pakai motorsikal.....

Jalan pun dah rata dalam Ben Tanh perut pun duduk bunyi jadi rehat sekejap pi melantak kat Kampung Melayu, makanan memang sedap tapi tak se tip top kat Bangkok tapi still marvelous kami order (Tomyum 90Dong), (Set 2 org makan ada la sayur campur, ayam and nasi 2 kos 199Dong), tambah nasi 1, tambah lauk tambahan tofu telur SEDAP GILER, yang lagi 2 org tu diet so kongsi tomyum plus lauk pauk yang dah tersedia. Semuanya kos 650Dong or RM101.40. Mahal makan dekat sini sebab makanan HALAL susah didapati tapi bukan bermakna tak da kedai jual masih ada tapi sebab majoriti kat sini tidak berugama ISLAM hanya segelintir sahaja.

Ok dah selesai shopping, cuci mata dan melantak tapi balik hotel still bilik x do so still have to wait another 1 hours.

This is our room.....well nampak biasa tapi cozy sangat toilet pun besar. Biasalah tu kalau sampai sini jangan terkejut tahu ia seolah-olah Malaysia 20 tahun dulu bezanya eh ada TOYOTA camry la. So tersedar owh dia org masih mengejar pembangunan.

Upin Ipin pun ado...

 Ini lah pintu hadapan Ben Tanh Market....hati-hati lintas jalan, banyak motor bersimpang siur k....

Sambung in PART 2.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...