Feel Free to Click!

Saturday, November 5, 2011

I dah gemok ke??

GEMUKKK memang betul saya dah gemuk sangat.....walawei tambah sikit lagi memang sah2x nak dekat my sis aka ALONG yang chubby tu (jangan marah)

Ni semua angkara makan dan raya ....irresistible hurrmmm sedihnya, baju semua dah ketat, nak jogging tapi hari2x hujan......dah control makan pun still berat naik!!

huhuhu.....doakan saya punya berat badan turun k!

Bye.

Resipi: ayam masak merah

Salam semua,

harap sihat selalu......ok hari ni saya rajin ...seyes sebab saya masak ayam masak merah, mesti ramaikan suka ayam masak merah, yela orang melayu mana boleh terpisah dengan makanan jenis2x sambal ni kan! hehehe

Ok, moh kita layan resipinya k:


1) seperti biasa cili kering 15 *
2) bawang besar 3-5 biji ikut saiz bawang, saya pakai 3 sebab semua besaq2x belaka *
3) bawang putih 3-4 biji *
4) halia sebesar ibu jari *
5) lengkuas ni utk tambah sedap :D *
6) serai ikut suka 3-6 batang, tadi saya pakai 6 hehe *
7) 1 ekor ayam potong ikut suka, saya suka ayam yang kena potong kecik2x baru sedap
8) daun limau purut
9) tomato belah 4 @ 6 suka hati jugak

* di blender halus lagi lama lagi sedap di masak, tapi sebelum tu potong kecik2x dulu mana yang besaq2x tu....:D


Cili kering ni saya gunting kecik2x dulu, then bubuh air panas je sekejap! :D lepas tu toskan!

abaikan limau tu x masuk pun dalam resipi, asalnya nak masak tom yum kung tapi tak de pes tom yum so jadi la masak merah :D

Ni bahan untuk di kisar :D

Ayam ni seekor tp saya potong kecik2x tak tau dah jadi berapa ketul ni :D

Cara:

Goreng ayam dengan kunyit dan garam, angkat dan ketepikan.
Kemudian, guna minyak menggoreng ayam tu kalau minyak banyak kurang kan sikit yer, then terus tuangkan bahan kisar tu dalam kuali dan masakkan sampai cili masak, kemudian boleh la tambah garam dan gula secukup rasa dan di letak tomato yang telah di potong dan daun limau purut. Siap dan hidangkan.

Tadaaa.....siap, sedia untuk masuk perut.

Friday, October 21, 2011

Berita mutakhir!!!




Salam kepada semua,

Apa khabar? harap semua sihat walafiat,
Lately banyak berita2x yang baik dan buruk kita dengarkan?

Baru2x ini, negara jiran kita Thailand kena landa dek banjir, teruk jugak banjir dekat sana sampai melumpuhkan aktiviti negara gajah putih ini!

Saya harap walaupun banyak benda yang melanda, harap2x mereka tabah menempuhi dugaan ini....

Ok, moh kita layan gambar banjir dekat Thai.....


Kreatif tak orang Thai ni, buat rakit pakai botol!!


Habis boliou nampaknya stok2x makanan depa ni! mcm mana lah agaknya kalau dlm masa terdekat ni banjir tak mau surut....harap dapat di elakkan lah!

Ok, untuk kita kat Malaysia ni, bersyukurlah kita banyak malapetaka kurang terjadi kat kita! Moga2x di hindarkan lah dr sebarang kejadian tidak di ingini, AMIN.

Thursday, October 20, 2011

Apa pandangan anda?


Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama rasanya tak sok sek sok sek dekat sini yer...
Isu ni dah lama sebenarnya dalam FB ramai dah yang share, tapi saya just nak share my opinion.
Kamu semua tahu siapa yang pakai tudung tu? Nampak sama dengan biarawati dekat sebelah gambar tu kan?

Herrm saya rasa ramai yang kenal walaupun matanya di tutup, nak buat macam mana public figure ni senang nak kenal, ok saya rasa semua tahu yang itu YUNA kan!

Saya pasti dia pun tak berniat nak berpakaian macam gitu, biasalah dunia makin moden pakaian muslimah pun bertambah modenkan, ada macam2x cara orang berpakaian ni, yang saya pasti islam itu mudah tak perlu kita nak rumitkan keadaan .....betul tak!

Saya rasa cara pemakaian Yuna memang menutup aurat cuma ia menampakkan bentuk wajah di leher dan di badannya saja, memang tindakan berfesyen seperti ini tidak wajar untuk kita contohi, namun ada ketika kita lalai untuk melihat itu semua kerana terlalu taksub mengejar FASHION yang kononnya"WALAUPUN BERTUDUNG KITA PUN BOLEH BERFESYEN".

Ya, disini saya tak perlu menafikannya, tapi kalau nak berfesyen pun berpada-pada dan kena pada tempatnya dan memenuhi batas2x syariat yang di sediakan!

Saya pun tidak lah mahu panjang berjela, hanya sekadar memberi pandangan saja! hehe
Ok, la sampai disini saja!

Monday, September 19, 2011

In need of favour boxes?



Hi semua,

I hope semua sehat hendaknya! macam mana dengan life, saya harap semuanya happy dengan hidup masing-masing yer.... dekat sini bukan setakat nak bertanya kabar kamu urang jer...banyak yang saya nak soksek soksek kan......:D

Tak lama lagi nak dekat hujung tahunkan, mesti ramai yang nak buat majlis, al maklumlah Malaysia ada pelbagai culture yedak, mesti banyak function yang korang nak kena organize kan? Ok, tak mau soksek soksek panjang2x, just nak bg tau kamu urang....bagi sesiapa yang pening kepala nak cari gift utk para tamu saya ada cadangan untuk kamu urang.....kamu urang mesti banyak yg suka beli barang gift untuk para tamukan! tapi tidak tau mau kasi isi barang2x itu dalam apa? Hah saya tau dekat Milk A Deal ada offer kiut miut punya boxes pada harga yang affordable untuk kamu urang klik la link kat bawah ni yer untuk tahu lebih lanjut :D



Hand #Flowerpaperwork out & u'll be the chatter for the next few parties =) #MilkADeal

Thursday, September 8, 2011

Tak ada tajuk

Yes, saya suka sebab dapat duit raya :D
Kita kalau ada duit pantang kalau tak pakai! so apa lagi.......jom siapa mau mengeteh hehehehe!

Mengeteh time selepas menonton "Hantu Bonceng" seronok tengok cerita ini!
Lepas tu, pergi makan kat "Black Canyon" yumyum sedap makan tom yum dan lauk pauk lain:D heeeeee lepas makan mengeteh "Cappucino" dengan "easy bitsy" biskut sedap :D
Cekelat atas ini pula, dapat hadiah dr opismate, nyumm2x tq "Ah Max" dari Belgium gitu! Sudah di selidiki tiada kandungan yang tidak halal, pakai fat pun from vegetable fat jadi kami menghadap cekelat ni sampai habis....weeehuuu :D

Seronokkan menghadap benda-benda free ini, kerjanya duduk memulun menghabiskan benda alah itu!

psssttt: cuba kalau pakai duit sendiri .....hmmm alamat tidak lah merasa semua ni :)

Itu saja, TQ

Wednesday, September 7, 2011

Free tol


It's free on hari raya, tapi free ini dekat KL masa hari raya pertama, hari berikutnya saya tidak pasti :D, tapi yang pastinya jalanlah sebebas-bebasnya dekat KL sebab tol free.....weeehuuuu I loike it! :)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya



Assalamualaikum w.b.t

Harap semua sihat hendaknya, just nak ucap dekat semua bloggers and readers Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin :D

Jum kita layan gambar raya:




Peace, semua muka excited, on my way to pusing-pusing country height dekat Jitra, Kedah! tidak kena dengan agenda raya kami ini, well kami sekeluarga cuci mata tengok tanah kat situ, cantik tempatnya. Pic kat atas ni semua adik-beradik saya (Along, bina & datin wannabe), jangan marah I put uollls punya gambo!


Cantikkan, sawah tengah membunting tu, tak lama lagi boleh semai lah kot , tak tahulah kena tanya orang yang lebih expert (atok) ni!


Panas terik, basah ketiak....tapi best tengok pemandangan ni....


Gambar di atas dari kiri itu adalah saya, berbaju tanah putih bercorak hitam, gemok tak saya :D


Datin wannabe dan my gedis "Along"
Dekat bawah ni adik sepupu saya namanya "Amy".


Tahu tak buah apa itu?
Saya pun first time tengok buah macam ini, memang saiznya amat kecil macam biji saga yang merah tu, rasa pula masam-masam sikit. Kita tak payah susah2x nak kupas just jentik ja terus kulit terkupas kan senang!

Thats all pic raya for this year nanti ada I'll upload more OK!

Wednesday, August 31, 2011

So So

Hi everyone,

How do you feel today?
me: just so so!

What is your mood?
me: Lonely and boring (so sarcastic kan!)

How's your Raya?
me: Today second raya feeling so so only, well raya dekat KL saja tak balik kampung, dah 2 kali raya dah kami beraya dekat sini. Hari ini just entertained kawan Along tidak lah ramai seorang saja tapi dia bawa familynya sekali jadi kiranya ramai lah kan! Then kami pergi ke IKEA jalan-jalan shoping something untuk catering. Untuk pengetahuan kamu semua my family buat bisnes katering dan pemasangan aircond well both different segment of bisneskan!

Conclusion: Feeling so so only right now enjoying watching movies at ASTRO (sambil tukar-tukar channel)



Sunday, August 28, 2011

What mood??



Hello-Hello,

What mood are you in? Is it holiday mood? Raya mood? Malas mood? Feeling nothing mood?
Saya rasa mood yang terakhir tu jangan lah ada sesiapa yang merasakan? Huhuhu, saya dalam ketiga-tiga mood yang awal itu!

Huhu, mari kita mengimarahkan mood yang paling penting dan asas kepada semua mood yeah untuk itu saya perlu ENJOY:D

Mood ini sebenarnya psychology kita and berbeza dari emosi ya!

So, ubahlah persepsi psychology anda (menunjukkan kepada diri sendiri juga hehehe) .


Thank you....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...