Feel Free to Click!

Wednesday, May 25, 2011

ohhhh tidak!


homaigod......what to do?

I'm under termination status, my study :(( ........saya sangat sedih, macam mana saya nak habiskan study lagi 1 semester saja!

Ok, tak boleh kelam kabut and gabra+gubra yer Cik Baizura.

Antara perkara yang perlu di lakukan;

1. Tanya opinion rakan2x yang lain tindakan yang perlu di ambilkan.......DONE
2. Rakan cakap isi online "REVIEW AGAINST TERMINATION".......DONE
3. Follow up, cari koordinator and inform about my kondision.......DONE

tapi still worried!

Wednesday, April 27, 2011

miracle please come!

kalaulah kalaulah, herm semuanye kalaulah...
kalaulah prepare awal2x x lah kelam kabut.....aiyo, messy betul my brain!

ini lah jadinya, if we dont prepare! nanti kat hujung2x tue yang merana diri sendiri. Ini saya nak bagi pesanan kat ibubapa, kakak, abang & adik2x di luar sana, supaya jgn buat ulangkaji pelajaran nak dekat dgn exam!

tengok saya ni, serabut otak nak letak segala input dlm my brain....rasanya my brain mcm dah bengkak. Walhal dari habis exam isnin ni, baca utk next paper baru mula ckit2x, almaklumlah orang kalau kerja sambil belajar nie dugaannya memang mencabar dengan status "under probation" herm lemah semangat chek!

Skrg ni, tgh kira hari, lagi 2 hari ja nak exam....mak tolong!
harap2x miracle will happen ........kalau rebus buku pun belum tentu ingat semuakan?

Thursday, April 14, 2011

Apa khabar???

Salam semua!

Astaghfirullahalazim.....berhabuk sudah, kesian 6 bulan meninggalkan rumah yang satu ni!

Almaklumlah, kebizian melanda tak ada masa nak menjengah even sekejap.
So, dats why lah hari ni ambil masa sekejap mengemas apa yang patut di basuh, di cuci, di rapi dan sebagainyalah!

I'm sorry home sweet homes!

Sunday, August 22, 2010

----

Bosannya kadangkala saya rasa, yalah buat itu rasa salah, ini pun rasa salah seolah-olah apa pun yang saya buat rasa salah....TOLONG! kenapa ya?

Apa yang tak kena, kenapa? tolong saya, bantu saya, nak kata hilang pedoman...masih utuh lagi mungkin kadangkala rasa goyah seketika..haluan tetiba rasa sesat. Adakah korang pernah rasa macam tu sesekali dalam hidup?

Adakala kita jangan pandang orang sebelah mata, badan besaq tak semestinya hati dia kuat macam batu...kadang2 hati dia kecik macam semut, ye tak?

Dalam 2 simpang yang ada akan ada sesekali terbabas pilih jalan yang salah, sebab itu lah kadangkala ada orang dia kena jalan ikut jalan yang jauh!

Banyak jalan yang ada lubang dan risiko untuk di lalui, sebab itu kalau silap langkah ada yang "eksiden"! sebab itu lah kita kena berwaspada dan berhati-hati.

Adakala kita memang silap memilih, tapi jangan cepat mengalah kita kena cuba sedaya upaya untuk membetulkan kesilapan yang kita lakukan. Membetulkan memang memakan masa dari membuat silap!

So, renung-renungkan dan selamat beramah!

Tuesday, August 17, 2010

hola!


Salam,

Sesungguhnya dugaan exam sudah berlalu, gila aku rasa happy bangat...eh tersasul cakap indon pula....hihi

Sepanjang minggu lepas memang langsung tak buka lappie, rindu pula! nasib hari perhitungan telah berakhir...alhamdulillah syukur sangat....

Selepas ini, insyaallah akan buat preparation awal-awal...bukan senang tahu, kalau ambil master...kena lah banyak buat revision senang di kemudian hari, jangan jadi macam saya mahu tunggang terbalik nasib tak terlangkup...huhu

Tuesday, August 10, 2010

Isu berbangkit

Salam semua,

Harap semua sihat hendaknya...

Hari ini, hanya nak update pasal entry adik saya....info ni memang dah lama, tapi sekadar renungan bersama

http://iambyena.blogspot.com/2010/08/penggunaan-sanggul-kepala.html

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

heho , semua ...

arie nie nk kongsi skit pasal , penggunaan sanggul kepala ...
maksud :-
mengikat sanggul belakang kepala dengan menonjolkanke atas seperti gmbr di bawah nie ....

trend yg digelar sebagai "sanggul arab" dianggap terkini oleh sebahagian wanita masa sekarang , sama ada yg bertudung atau tidak ...

namun fesyen ini telah pun diramalkan oleh RASULLULLAH SAW 1400 tahun yg lalu.Ia baginda umpamakan sebagai bongggol unta hanya bonggol unta menonjol lurus ke atas manakala sanggul arab menonjol ke atas sambil condong ke belakang ...

ada yang membeli terus sanggul palsu coz rambut x cukup panjang untuk nk wat sanggul (bonggol unta)... heyyy , sanggup memakai rambut palsu ... ak pun x pham ... buat dosa , tambah dosA , same je la kan ... hehe ... : )

sanggul palsu temasuk dalam kategori rambut palsu yg diperingatkan oleh RASULLULLAH SAW :- allah melaknat wanita yg menyambung rambutnya dgn rambut lain dan wanita yg memints rambutnya disambungkan.

mereka bukan shj akan menjadi penghuni neraka tetApi
akan dijauhkan dari SYURGA sejauh-jauhnya.mereka bukan sahaja tidak melintas ditepi SYURGA , tidak melihat SYURGA , bahkan tidak dpat menghidu bau keharuman SYURGA padahal dpat bau dari jauh ...

SEMOGA INI MENJADI PERINGATAN YG MELEKAT DALAM GAYA HIDUP BERFESYEN HARIAN KITA ..


OK, renung-renungkan...dan selamat beramal di bulan puasa!

Monday, August 9, 2010

buku ..oh..buku

Hari ini, jalan-jalan pergi makan mahsyuk....kenyang gila perut aku. Alhamdulillah. Jalan-jalan dekat The Mines memang best, macam-macam kedai kami jelajah masuk...pas tu keluaq, memang best jalan-jalan cuci mata!

Tak tahan tengok sales, murah gila....macam-macam ada.

Puas cuci mata dengan baju, cuci mata tengok buku pula...pernahkan dengar aku cakap pasal BookXcess, jadinya hari ni...pergi jugak tengok buku dekat kedai buku Gramedia, The Mines cari buku untuk rujukan....jadi bila pergi BookXcess tahu nak beli buku apa, hehe preparation awal-awal. Preparation awal ni, sebab nanti sampai BookXcess tak payah nak berlama2 sbb kat situ buku dia kan murah...so faham2 lah kualiti macam mana....macam reject punya!

Banyak juga buku dapat cari...

macam banyak sangatkan.....

Sunday, August 8, 2010

Bulan puasa


Salam Mubarak,

Tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Ramadhan Al-mubarak. Jadi saya ingin mengucapkan kepada semua umat islam...SELAMAT BERPUASA...pagi-pagi jangan buka periuk mana tahu ada yang lupa....hihi.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadat, almaklumlah syaitan dah dikurung yang tinggal hanya hawa nafsu kita. Jadi kita seharusnya banyak mengamalkan amal ibadat di bulan yang mulia ini.

Tuesday, August 3, 2010

Panas



Salam,

Panasnya hari ini, nak 'diet' cara Umi Aida makan 2 biji kurma saja pada pagi dan satu gelas air suam. Petua ini, di cadangkan oleh 'che tanjung' supaya aku ikut mana tahu menjadikan.

Jadinya pagi-pagi lagi 'che tanjung' providekan buah kurma, kononnya mahu diet tapi aku ambil 3 biji kurma, memang mengenyangkan. Sebab kurma ini manis dapat bagi aku tenaga. Tapi 'yang' my collegue asyik sebut jer 'bai' engkau nak makan apa tengahari?

Perut memang tak lapaq tapi sebab asyik tanya saja, semua pula masa rehat asyik ajak makan dekat 'Anjung'. Aku apa lagi tak apa lah aku hanya jamah sikit nasi dengan ulam-ulaman.

*** menu: nasi separuh, ayam masak kicap, ulam-ulaman dengan sambal belacan

Benci


Aku benci, menyampah...Ya Allah, Engkau buangkanlah perasaan aku ini, sungguh aku tidak mahu perasaan begini....setiap kali aku ingin mengelak perasaan (benci, menyampah) ini timbul.

Aku tahu ini antara sikap mazmunah aku yang paling dekat dengan aku....kadang-kadang ia terbit dari rasa buruk sangka, dan marah yang meluap-luap. Aku tidak mahu menjadi hati yang keras, kerna ia tidak akan mendapat redha Allah.

Aku perlu elak semua perkara yang membawa keburukan, agar tidak lagi terbersit sikap mazmunah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...